-->
Welcome to my blog. Enjoy your reading ya!
Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

Bila aku akan kahwin ??

Asslmualaikum W.B.T
Amboih , gempak gitu tajuk entry aku kali.

Actually , minggu lepas aku pergi satu majlis kenduri kahwin .
Siapa kahwin ? Makcik sebelah mak aku yg kahwin.
Meriah giler time uh . 
yelaa , jumpa dengan sanak saudara yang jauh2 kan.
Dalaa susah nak jumpa dorang sebab masing2 sibuk dengan hal peribadi dorang ..

kankankan ..

Tema majlis pinky and the purple . Terbaekkk :)

Bila dah berkumpul ramai2 dengan family . soalan cepumas yang aku akan dapat adalah ....

"EKAU PULAK BILA NAK NAIK PELAMIN? " (loghat N9)

Fullamakk ! Makan dalam ouh soalan tu ..
Aku cuba tengok IC aku .. 
1992 = 19 tahun umur aku tahun nie.

Agak2 lah nak suruh aku kahwin awal. Xpun muka aku nie nampak matang sangat kot ??

Tapi bila difikirkan , tertanya-tanya jugak bila agaknya aku akan berkahwin ?


notaKering : Tengok ramai kawan-kawan yang kahwin muda , bahagiakah mereka ?




JANGAN LUPA LIKE DAN COMMENT SEKALI YEA :)

Kawan vs Sahabat (SAD STORY)

Assalammualaikum . heylo peeps ! 

Dah makan belum ? Aku baru jewp lepas dinner bersama2 keluarga tersayang. Hari ini mama aku masakkan rendang kerang . (mood raya lagi) Sedap sangat2 tauwk ..



Back to main topic . KAWAN vs SAHABAT.

Apa itu KAWAN ?
Apa itu SAHABAT ?

Dalam usia aku yang semakin meningkat , aku semakin cuba memahami erti kedua-2 perkataan ini.
 Tp apa yang aku tahu , kawan lebih senang dicari daripada sahabat .


Betul ke kawan akan ada ketika kita senang sahaja , manakala sahabat pula akan ada ketika kita susah dan senang ?? Betul ke ?

Kalau betul , apa yang aku rasakan sekarang ini adalah aku lebih ramai kawan dari sahabat.
Tak kira lagi KAWAN yang MAKAN KAWAN , KAWAN yang TIKAM BELAKANG .

p/s : Aku harapkan aku dapat ramai kawan yang baik dan sejati . Bukan KAWAN MAKAN KAWAN dan KAWAN TIKAM BELAKANG. Dan apa yang sangat aku harapkan adalah KAWAN boleh jadi SAHABAT..



 Kawan yang baik ialah :
  • -kawan yang selalu menegur silap anda.
  • -yang selalu perasan akan perubahan diri anda. 
  • -yang cuba buat anda senyum walaupun hakikatnya memang dia tahu yang korang takkan senyum.
  • -yang layan kerenah korang walaupun dia orang ada kerja lain sebenarnya.
  • -yang tahu erti gurau, lawak, serius.
  • -yang faham hanya dengan kerlingan mata korang.
  • -yang hidupnya, percaya korang.
  • -yang dirinya tegak untuk korang.
  • -yang jiwanya seirama dengan korang.

 


JANGAN LUPA LIKE DAN COMMENT SEKALI YEA :)

Perkara pernah/mesti/selalu berlaku (HOT)

Assalammualaikum .. heyheyhey ! 

Entry ini sesuai untuk semua golongan kanak2, dewasa dan orang tua. (Espcially GIRLS)
(Aishh ~ yang tak suka membaca , boleh laa jugak baca entry niey ..)

Okay, back to topic.. PERKARA PERNAH/MESTI/SELALU BERLAKU..

Hah ! Tipulah kalau korang2 tak penah terjadi kan . Apa ?? Jadi apa ek ? Jum-jum . Kita tengok siapa yang kena . Muahahahaha (evil laugh)

1. KENTUT SENYAP TIME TENGAH TUNGGU BAS KAT BUSSTOP

Huhu ~ Jangan cakap korang tak pernah buat okay. Lepas kentut, mesti korang blahh pergi ke tempat lain kan kann ?? Amboi , senyap2 je kentut ! Nasib lah kalau tak ada bau .. Kalau berbau ???

2. TERSENDAWA KUAT-2 SEMASA DALAM SESUATU MAJLIS

Malu giler kut bila benda macam ni terjadi. If kentut tu , boleh laa cover2 lagi kann .. Bila sendawa , macam mana nak cover . Lagi kalau sendawa sampai menggegar satu MAJLIS (tipulah tu kan) ahahaha .. Apa pun tak boleh.

3. TERJELEPOK(Jatuh) DI DEPAN ORANG RAMAI

Tengah2 korang berjalan sambil control ayu/macho, tetiba korang terjatuh SOPAN ditengah2 orang ramai. Ya Allah. Malu sangat2 kankan ? Aishh ~ Lagi2 baju korang terkoyak ke, tumit kasut korang tercabut ke .. Tak dapat dibayangkan~

4. TERSALAH PEGANG TANGAN

Tengah korang syok2 berjalan bersama kawan/adik/girlfriend/boyfriend/suamiisteri , korang pun tanpa pandang ke belakang terus memegang TANGAN seseorang. Bila korang menoleh, tangan yang korang pegang tu bukan tangan orang yang korang kenali. ohh TIDAK ~ malu kutt .. muahahahaha .. If dapat orang yang hensem/cantik , tapela lagi kann .. 


Huh ! Mesti semua perkara pernah jadi kat anda dan anda sekalian kan. Tak baik tipu diri sendiri.. Apa ? Ada lagi perkara yang memalukan korang ? Jum lah share2 story. 


p/s: Semua yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri. Tiada kena mengena dengan orang lain yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia


JANGAN LUPA LIKE DAN COMMENT SEKALI YEA :)

KASIH , CINTA , KECEWA , SEDIH , GEMBIRA

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, KECEWA pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?

p/s : apa yang kita harapkan tak mungkin akan kita miliki .. Dan apa yang kita miliki xsemesti nyer kekal untuk selama-2 nyer .. 

JANGAN LUPA LIKE DAN COMMENT SEKALI YEA :)

❤ ✿Contest Gambar Saya Hot ✿❤

Assalamualaikum .
(jawab..  jawabb .. xjawab dosa )

Tadi tengah usha-2 link kat Perempuan Blogger ..
lepas tu , ternampak lha satu link berkenaan satu contest ..
tangan pun gatal-2 laa usha link tersebut dan hati pun berkata join lha contest nieyh ..
muahahaha .. so , syiraa join jugakk ..

contest dibuad oleh cik Atie  bersempena buffday dye yang ke - **
"Contest Gambar Saya Hot"

SYARAT-SYARAT :
1. Terbuka untuk semua lapisan umur *bukan blogger pun boleh
2. Kategori :: perempuan/lelaki/couple/group
3. Buat satu entry 'Contest Gambar Saya Hot' link ke blog nie
4. Gambar-gambar peserta akan diupload di SINI
5. Pemenang akan dibuat mengikut jumlah 'like' dan kualiti gambar *like banyak tak bererti boleh menang
6. DILARANG membuat event di FB untuk like gambar
7. 5 pemenang akan dipilih bagi setiap kategori
8. Tarikh tutup :: 20 oktober 2011
tue ja syarat dia

kalau berminat boleh post gambar dekat PAGE aku atau pm FB
sertakan nama FB dan tempat tinggal
contest akan terbatal jika kurang dari 10 peserta

0kayhh guys .. nie pixa yang syira pertandingkan :)

HOT kann ? (perasan sekejap )

Nama model : Nur Atikah (juz cll her ES)
Umur : 21 tahun
Lokasi : KTV bukit bintang 

so mintak jasa baik korang untuk LIKE pix nie .. senang sahaja cara nyer ..

STEP 1 : 
LIKE PAGE BLOG NYAMUK TERBANG <CLICK SINI> 

STEP 2 :
LIKE PICTURE INI <CLICK SINI>





JANGAN LUPA LIKE DAN COMMENT SEKALI YEA :)

Hadiah buffday terbaikk :)


Asslamualaikum ..
(wajib jawab , xjawab dosa :D )
eishh ~ bukan main hepyy lgy kann syiraa .. yelaa .. baru lepas menyambut ulangtahun yang ke-19 (sweet-teen lgy ukeyh ) pd 16/8 yg lepas .
thnx kawan-2 sbb bagi present kat syira .. tulaa .. walau suda besar kann , dpt lha jgk hdiah ..


My Buffday Present 


n thnx sbb hadir time syira celebrate buffday syira .. hehehe .. suke sgt dapat smbut bufday kann .. 
KEK CHOCOLATE INDULGENCE



Niey adalah hadiah paling terbaikk syira datang .. thnx STELLA , MIA and HAFIZAH .
Yang "ELMO" tu nama dye STEMI .. Yg Bear pink uh nama dye FIFIY






JANGAN LUPA LIKE DAN COMMENT SEKALI YEA :)

Jumaat : #alKisah kawan-2 (Kawan Zaman dulu dan Sekarang)

Asslmmualaikum .. Heyy readers2 yg dikasihi..

#marimarimari .. 
Syira ada story psal kawan2 syira ..

okayy .. da siap sedia .. 

Tajuk : Kawan Zaman dahulu dan Zaman sekarang !!

Hot x tajuk kt atas . uh .. hehe .. 
act , Syira nk kongsi dgn pmbaca2 sumer gmbar geng2 syira zaman dorg2 kecik2 dlu ..

**dupdapdupdap
 p/s : kiri adalah Zaman dahulu , kanan adalah zaman sekarang

aippp !! sebelum tu ..
Syira nux tunjuk gmbar syira time kechik dulu ..

jengjengjeng !!!!




chomel kann syira waktu kecil2 dulu .. hehehe .. (perasan jap)

sekarang , kawan2 syira pulakk okeyhh ..


Yang pertama : DATO ASH




Yang Kedua : LYN GURLS








Keempat : NAWFARL DARIEN






Keenam : SYAF STEFAN



Ketujuh : AMY ANIZ


Chomel kan mereka time kechik2 dulu .. Ada yg berbeza , ada yang still sama ..
k0rg boleyh nmpak kann persamaan dan perbezaan ..

p/s : rambod manusia sama hitam , tapi hati lain-2 :)

JANGAN LUPA LIKE DAN COMMENT SEKALI YEA :)

2nd GiveAway by LyssaSecret

Assalammualaikum !


Sebelum apa-2 , Syira nak ucapkan Selamat menyambut ulangtahun Lyssa yg ke 19 tahun (kita sebaya)..
hope you always heppy bersama-2 orang yg tersayang :)

Sempena buffday Cik Lyssa yg chomel tuh , dye nak adakan GiveAway !
so , Syira pun try-2 laa join kann .. (mana tahu nasib baik)

Korg nak join sekali ? 
Bole sahaja , juz [tekan sini]

Dan syarat-syarat nye :

1. Follow Blog Lyssa (kalau tak nak pun tak pe . Tak paksa :) 
2. Buat satu entry yang bertajuk : "2nd GiveAway by LyssaSecret". 
3 . Tempek Banner di atas dalam entry tersebut. 
4. Send link tersebut ke ruang Comment Entry Ini. 
5. Tag kepada 3 orang Rakan Blogger anda.

 *Pemenang akan dipilih melalui Random.Org :) 
Dateline : 10 September 2011 



Follow sudah , buad entry pun sudah , tempek Banner pun selesai , send link sudah ..
Dan Syira tag kepada 3 orang rakan Syira :


JANGAN LUPA LIKE DAN COMMENT SEKALI YEA :)

Aduhayy ! Putus Chenta Lagi :'( - Tips


heyy olls my reader !!
Walamak.. Cik syira dan Cik Wan da putus ke ?? Bia btol kann ??
ahahahaha .. Xlaa .. I still dengan chenta aty sy Cik Wan ..
skg I juz nk bg tips pasal perpisahan .. perpisahan la pulak kann . ahahaha ..
Yelaa .. tgok fren-2 I yg bru-2 ptus uh .. Frust jewpp .. namao laa cmni .. nk tgok korg hepy larhhh !! Sekarang I nak share dengan korang semua macam mana nak elak dari rasa sedih hiba tak terhingga selepas ditinggalkan bekas boypren/girlpren korang.
Setiap orang pasti sedih dengan setiap kehilangan, tak kira la hilang boypren ke, hilang harta benda ke, atau pun kematian seseorang yang disayangi. Dalam kontek ni I bincang tentang BoyPren/girlpren. Bukan suami, bukan skandelous tapi Teman Lelaki/Perempan dimana korang belum ada apa-apa ikatan yang sah! Kalau TUNANG tu boleh gak kot masuk pot ni..





Perasaan kecewa dan sedih selepas perpisahan berlaku adalah perasaan yang paling perit sekali, korang akan dapati ada antara korang yang akan mengelamun, tenung dinding sampai boleh tembus dinding tu, ada yang akan kurung diri dalam bilik berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan… tapi jangan sampai bertahun, masa depan korang panjang lagi. Ada pulak yang akan cari kawan paling rapat, untuk bercerita gundah gulana yang menimpa hati, lepas tu mula la cerita 2 3 jam tak habis-habis, kalau dalam henpon tu sampai kena charge pulak.





Tips pertama untuk Gembira Selepas Break:
Perpisahan buatkan korang sedih, jangan nafikan. Korang rasa nak menangis, menangis ler! Teriak puas-puas sampai tank air mata dah kering. Tapi agak-agak yer nak menangis pun, kasi tempat private yer. Jangan pulak anjurkan program realiti Public Displays Affaction.
KeDua:
Seperti biasa, hubungi teman-teman paling rapat dengan korang/atau family korang. Jangan call si ex pulak! Korang cerita puas-puas perasaan korang tu kat member2 korang. Tak kisah le kena charge henpon ke atau chatbox yang dipenuhi dengan ayat2 putus cinta korang. Sharing is caring, dan pada masa yang sama boleh mengurangkan beban yang ditanggung. Lagi best, kalau korang buat konferens dlm YM ke Skype ke, lagi cepat kurang masalah tu. InsyaAllah
Ke-Tiga:Keluar dari tempat kurungan anda, pergi le shopping ke buat activity yang korang tak pernah buat ketika bersama si -X. Gi Spa ke, saloon ke, cantikkan diri anda. Biar seanggun bak bidadari. Mana tau kalau keluar dari spa terus terserempak dengan si X, baru dia nyesal lepaskan korang dulu. Jadikan diri anda selasak yang mungkin, g gym, join tomoi club ke, paling tidak pun jogging. Selain menyihat kan dan distract pikiran korang dari pikirkan si X, mana tau kot-kot ada brader kat tempat tu yg bisa menarik perhatian korang dan 100 kali lebih baik dari si X. 0ha, kan dah ada pengganti tu.
Layan diri korang sebaik mungkin, beri kan layanan yang si bekas teman lelaki tak mampu berikan. Contoh : kalau berduit belikan bling-bling baru, jam baru, tedi bear yang lagi besar dari si X. Ala pandai2 la korang layan diri korang, Korang lebih mengetahui diri korang sendiri.
keEmpat:
Setiap yang terjadi ada sebabnya. Korang berpisah dengan si X, perkataan pertama patut keluar dari mulut korang ialah “Syukur Alhamdulillah”. Kenapa? Kita tak dapat mengagak masa depan kita, seandainya masa depan kita di takdirkan hancur dan haru biru sekiranya masih bersama si X. Oleh itu kita patut syukur dgn perpisahan ini. Jangan menyalah kan takdir, jangan pikir “kebaikan” andai korang masih lagi bersama si dia. Benda yang sudah lepas, biarkan lepas. Korang kena teruskan hidup untuk masa depan, bukan hidup meratapi masa lepas.

keLima:Dekatkan diri dengan Tuhan. Jangan le masa happy-happy lupa Allah, masa sedih baru nak kembali ke jalan yang benar. Tapi itu lah manusia. saya, korang dan semua boleh dikatakan lupa Allah tatkala kegembiraan duniawi mengaburi diri. Allah menurunkan sedikit musibah seperti perpisahan, untuk mengingatkan kita yang Allah Maha Esa masih menyayangi kita.
keEnam:Dah kembali solo, ini lah masanya untuk korang ramaikan network korang. Macam mana nak ramaikan kawan2? Jangan segan silu untuk buka Facebook ke friendster ke paling koman buka la tagged, add le pakwe-pakwe hensem dalam tu. Say HI kat diorang. Sure diorang dengan secepat keta lumba Ferari diorang akan reply. Tapi pasti kan korang letak la avatar secute semolek yang mungkin.Gembirakan hati anda semaksimum mungkin ~Tapi jangan sampai lupa Tuhan ler. Enjoy aktivity dengan kawan2 lama mahupun baru, gelak ketawa yang boleh membuatkan korang lupa akan si X.
Ketawa Penawar Duka. Statement ni bukan saja direka-cipta untuk tontonan umum jer, inilah saat nya untuk praktik statement tersebut. So apa lagi, buka Cartoon Network, Nick mahupun Adik di 9, tonton rancangan/movie yang boleh bikin korang ketawa dan tersengih.Jangan pulak korang gi layan lagu tangkap leleh, nescaya la tips-tips di atas mahupun tips dari pakar pun tidak akan berhasil. Jangan memain dgn kuasa sebuah lagu.
keTujuh:Beramal jariah. ha.. ini tips rasanya susah nak dapat walaupun tanya dari PakCik Gugel, takde orang letak pasal ni lagi. Tatkala bersedih, kurangkan kesedihan dengan bersedekah dan beramal jariah. Sedekah wang bagi yang mampu, tapi kalau kin, kin kurang bersedakah dengan duit/cash!. Almaklumle kat KL ni ramai dari Burma la Indon la, tubuh badan sihat, tapi mintak sedekah juga! Apakes!… Seeloknya bersedekah pada kanak-kanak, contoh bagi coklat ke, budak-budak tak leh main duit. hehe. Bukan pada manusia je, pada makhluk Allah yang lain pun boleh, kasi kucing jalanan makan ke. Sure korang akan bangga dan seronok dengan aktiviti kebaikan seperti tu. Cayalah!Ringankan kesedihan ditanggung dgn amalan mulia.
keLapan:Jangan harap dia pulang ke sisi mu. Yakin kan pada diri anda si dia takkan pulang-pulang kepada mu. Berpijak lah di bumi yang nyata, di realiti!Sedar atau tidak, yang membuatkan korang sedih bukan nya saat dia say babai kat korang, tapi setiap kenangan korang bersama dengan si X. Tak dapat dinafikan kenangan itu lah yang tak dapat korang lupakan. Begitu juga tuan pengarang sorang ni.Nak tanak, korang terpaksa juga meredah keperitan itu. Tinggalkan kenangan tersebut lebih baik dari mengharap pada harapan yang tak pasti. Itu lebih menyiksa kan hidup. TInggalkan kenangan, cari kebahagian yang baru bersama insan yang lebih baru ;)
**usah biarkan dirimu ditenggelam oleh kesedihan, bangkit dan cari keceriaan untuk dirimu sendiri



Ok itu sahaja tips untuk merawat hati terluka korang. Boleh pakai tak? Ikut korang, tapi tips-tips di atas adalah dari kajian , and pengalaman sendrik.
Bila diri sudah gembira, senyuman dan kecerian terpancar dari wajah anda, pasti bisa mengcuit hati setiap mata yang memandang




**A smile is a powerful weapon, you can even break ice with it.






JANGAN LUPA LIKE DAN COMMENT SEKALI YEA :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...